Saturday, December 24, 2011

OPKIM Beliawanis (siri 2) - 24 Dis 2011 / Pedu

24 DSEMBER 2011-PEDU- PBSKN telah menganjurkan OPKIM Beliawanis Siri 2 yang bertempat di Pedu. Opkim kali ini telah disertai seramai 5 orang sukarelawan beliawanis untuk menyampaikan bantuan kemasyarakatan kepada golongan ibu-ibu tunggal dan ibu yang baru bersalin. Selain itu,bantuan ini dipilih mengikut kadar pendapatan bulanan mereka atau tergolong orang yang sederhana atau miskin. PBSKN mengharapakn supaya masyarakat umum dapat memberi perhatian kepada program sebegini dan menyumbangkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan.








PERHATIAN : Klik Sini utk Gambar FB

Monday, December 12, 2011

Kem Anak Soleh, Bendang Man (12 Dis 2011)

12 DISEMBER 2011-KEM BENDANG MAN- PBSKN telah mengadakan Kem Anak Soleh yang bertenpat di Kem Bendang Man. Kem ini bertujuan menyuntik semangat dan motivasi dalam diri peserta untuk terus berusaha menjadi anak yang soleh dan cemerlang dalam pelajaran mereka. Di samping itu, pelbagai aktiviti dan tentatif yang menarik telah di atur untuk melahirkan para peserta yang baru selepas keluar daripada kem seperti ini.






PERHATIAN : Klik Sini utk Gambar FB

Monday, December 5, 2011

Kem Jati Diri 1 Malaysia (5 Dis 2011)

5 DISEMBER 2011-KEM BENDANG MAN- PBSKN telah menganjurkan Kem Jati Diri 1 Malaysia yang bertempat di Kem Bendang Man. Kem ini bertujuan menyuntik semangat jiwa Islam kepada para peserta. Selain itu, kem ini juga bertujuan mengisi masa lapang adik-adik supaya lebih terisi dengan aktiviti yang bermanfaat di samping mengenal potensi diri sendiri.






PERHATIAN : Klik Sini utk Gambar FB

Sunday, October 30, 2011

KEM SMART-AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN-October 28,29 &30, 2011

28 OKOTBER 2011- PBSKN telah menganjurkan Kem Smart-Agensi Antidadah Kebangsaan. Kem ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai fenomena najis dadah yang makin hari makin sukar dibendung. Oleh itu, PBSKN mengambil inisiatif untuk bersama-sama denga AADK bagi membendung permasalahan tersebut. En. Zawari B. Ismail (Penolong Pegawai AADK WPKL) dan Puan Hayati (Ketua Pengarah AADK Cheras) turut hadir bagi merasmikan majlis penutupan Kem Smart tersebut.







PERHATIAN : Klik Sini utk Gambar FB

Sunday, October 23, 2011

XPDC BUKIT FRIM,KEPONG,October 23, 2011

23 OKTOBER 2011-BUKIT FRIM- PBSKN dengan kerjasama Kumpulan Mahasiswa UM telah menganjurkan XPDC Mendaki Bukit Frim. XPDC ini bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara ahli persatuan di samping membina ketahanan fizikal dan mental.







PERHATIAN : Klik Sini utk Gambar FB

Saturday, October 22, 2011

CAMPIGN SUNGAI TUA,SELANGOR,October 22, 2011

22 OKTOBER 2011-SUNGAI TUA- PBSKN telah menganjurkan program campign bersama dengan anak-anak perantau Padang Terap. Campign kali ini bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim yang telah terbina di antara ahli PBSKN sendiri. Disamping itu, campign sebegini dapat menenangkan jiwa dan perasaan apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT.






PERHATIAN : Klik Sini utk Gambar FB

Saturday, October 1, 2011

Konvoi Sejahtera Kedah & Kelantan 2011

22 September 2011-Kelantan-  PBSKN telah sama2 menganjurkan Konvoi Sejahtera Kedah & Kelantan 2011. Konvoi ini bertujuan untuk menziarahi masyarakat negeri Kelantan dan mengeratkan lagi hubungan di antara NGO2 Islam yang ada di sanan. Selain itu, konvoi ini telah disertai hampir 50 orang para belia Daerah Padang Terap.







PERHATIAN : Klik Sini utk Gambar FB

Thursday, September 8, 2011

OPKIM BELIAWANIS -SIRI 1

8 September 2011- Kg. Kuala Janing- PBSKN telah menganjurkan Program Operasi Khidmat Masyarakat Beliawanis Siri 1. OPKIM ini bertujuan menyampaikan sumbangan Persatuan dan Orang Ramai kepada masyarakat Padang Terap yang kurang berkemampaun.



S





 Semoga usaha murni ini mendapat balasan di sisi Allah SWT.
PBSKN mengucapkan jutaan terima kasih kepada sukarelawan beliawanis yang terlibat.


Perhatian : Klik Sini  utk Gambar FB


Saturday, September 3, 2011

HIMPUNAN MAHASISWA & JAMUAN AIDILFITRI 2011

3 September 2011- Terap Inn- PBSKN sekali lagi mengadakan Himpunan Mahasiswa & Jamuan Aidilfitri 2011 yang bertempat di Terap Inn Kuala Nerang. Himpunan kali ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah yang sekian lama terbina diantara PBSKN dengan para mahasiswa yang tinggal di Daerah Padang Terap. Selain itu, Himpunan kali ini juga dihadiri oleh YB. Nasir Zakaria,Ahli Parlimen Padang Terap. Beliau telah menyampaikan ucapan kepada para mahasiswa yang hadir supaya "succes" dalam bidang masing2 tapi dalam masa yang sama dapat berkhidmat kepada masyarakat. Disamping itu, beliau sempat berdialog dengan mahasiswa dan mahasiswi yang hadir.





Perhatian : Klik Sini utk Gambar FB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...