Saturday, January 26, 2013

PROJEK MOSQUECARE KUALA NERANG (SIRI 1)

26 Januari 2013- Skuad MosqueCare Kuala Nerang telah menganjurkan Projek MosqueCARE yang bertempat di Masjid Tandop Besar. Projek ini diadakan bertujuan untuk memberi khidmat komuniti kepada masyarakat setempat. Kami mengharapkan ramai lagi peserta yang akan turut serta dalam program sebegini di masa akan datang.














Sunday, January 20, 2013

LAMTUNAN MAHABBAH RASULULLAH

20 Januari 2013- PBSKN telah mengadakan program Lantunan Mahabbah Rasulullah sempena Sambutan Maulidur Rasul yang bertempat di Surau Kg. Bendang Tok Teri. Penceramah malam tersebut, Ustaz Ahmad Muzakir B. Ahmad Shukri merupakan Ahli Majlis Tertinggi PBSKN dan graduan Maktab Perguruan Kuala Lipis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pend. Islam. Beliau telah menyampaikan ceramah disamping berselawat beramai-ramai oleh para Jemaah yang hadir pada malam tersebut.






Wednesday, January 2, 2013

KARNIVAL MAHABBABAH IKIM.FM 2012


31 Dis 2012 & 1 Jan 2013 - IKIM.FM telah berjaya menganjurkan Karnival Mahabbah bertempat di Masjid As-Syakirin KLCC. Oleh itu, Sukarelawan PBSKN dengan kerjasama PUM W/P telah bekerjasama dengan IKIM untuk menjayakan Karnival Mahabbah tersebut. Selain itu, karnival tersebut bertujuan untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat disamping menyambut kedatangan Tahun Baru 2013.Disamping itu, seramai 200 orang sukarelawan telah menyertai pelbagai program yang telah diatur oleh PUM W/P seperti Dakwah Lapangan dan sebagainya.

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...