Saturday, December 22, 2012

BENGKEL SOLAT MUSIM CUTI SEKOLAH 2012


Sukarelawan PBSKN dengan kerjasama PUM W/P telah berjaya mengadakan Bengkel Solat yang telah berlangsung selama sebulan  mulai 22 November sehingga 22 Disember 2012 yang dikelolakan oleh Ustaz Rohidzir Rais,Penulis Buku Terkenal (Ensklopedia Solat). Selain itu, pada musim cuti sekolah ini sebanyak 5 buah masjid  telah bekerjasama untuk menjayakan bengkel tersebut dan seramai 1000 peserta telah menyertai bengkel solat tersebut. Sehubungan itu, amatlah diharapkan agar Bengkel Solat tersebut dapat memberi manfaat kepada para peserta supaya sentiasa mengambil berat terhadap kewajiban seorang muslim.






Monday, November 19, 2012

KEM MOTIVASI REMAJA 2012


Pada 16-18 November 2012- PBSKN dengan kerjasama PUM W/P telah mengadakan Kem Moitvasi Remaja yang telah berlangsung di SRA. Darul Ulum,Taman Danau Desa Kuala Lumpur. Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak asnaf dan fakir miskin telah mengikuti kem tersebut. Selain itu, kem tersebut bertujuan untuk menyuntik motivasi islamic kepada anak-anak ini supaya menjadi insan yang bertaqwa di masa hadapan. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada para peserta.

















Sunday, November 4, 2012

PROJEK MOSQUECARE

4 November 2012-Projek MosqueCARE (Siri 1) telah berjaya dilancarkan buat pertama kalinya. Program kali ini bermula di Surau An-Nur . Seramai 15 orang sukarelawan telah bertungkus lumus membersihkan kawasan Surau An-Nur. Selain itu,program kali ini merupakan program kerjasama diantara PBSKN, Persatuan Ulama' Malaysia dan Briged Bakti Malaysia. Semoga projek mosquecare ini akan terus mendapat sambutan dari semasa ke semasa.

















Friday, October 5, 2012

Projek Al-Quran PBSKN 2012

Pada 6 September 2012- PBSKN telah berjaya melancarkan kempen Projek Al-Quran di Keda Kg. Bukit Ular. Projek Al-Quran ini bertujuan menyampaikan sumbangan senaskah Al-Quran dan sumbangan keperlua harian kepada golongan fakir miskin yang tinggal di keda tersebut. PBSKN amat mengharapkan supaya ramai pihak yang dapat membantu untuk menyalurkan lagi sumbangan seperti Al-Quran dan barang keperluan harian kepada golongan fakir miskin yang terdapat di Daerah Padang Terap. Semoga Projek Al-Quran yang telah di laksanakan ini dapat memberi impak positif kepada warga keda supaya dapat mahir dalam membaca Al-Quran
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...