Saturday, July 21, 2012

PROGRAM ZIARAH MASYARAKAT THAI 2012


Kg. Tanjung Thai Pedu- 21 Julai 2012- Program Ziarah Masyarakat Thai ini bertujuan untuk melihat masalah yang dihadapi oleh masyarakat Thai yang tinggal menetap di Daerah Padang Terap. Selain itu, Yb. Nasir (Ahli Parlimen Padang Terap) juga turun untuk meninjau sendiri masalah yang dihadapi oleh masyarakat Thai Padang Terap. Kami telah menziarahi (Yuan) keluarga Thai yang masih hidup dalam serba kemiskinan, rumah mereka tiada bekalan air dan elektrik. Justeru itu, pihak PBSKN akan cuba sedaya upaya untuk mencari dan memberi bantuan susulan kepada keluarga mereka.




Selepas itu, kami bergegas pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menziarahi seorang pesakit kanser Warga Thai, Sapuk A/L Endin, beliau telah menghidapi penyakit kronik lebih sebulan dan difahamkan Yb. Dr. Ismail ( Exco Kerajaan Negeri Kedah) akan turun menziarahi beliau serta memberi rawatan susulan.



Tuesday, July 17, 2012

PENTAULIAHAN PALAPES IPTA SESI 2012



"Menjunjung Kasih Tuanku"

Tanggal 17 Julai 2012, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah berkenan mengisytiharkan Tauliah kepada lebih 1000 orang penuntut IPTA di seluruh Malaysia. Dengan itu, seramai 1000 lebih penuntut IPTA telah berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia.

Justeru itu, Presiden PBSKN, Leftenan Muda Mohd Firdaus B. Abd Rishah dengan rasa rendah diri "Menjunjung Kasih Tuanku" di atas kesudian Tuanku menyempurnakan watikah perlantikan kepadanya. Dengan lafaz ikrar sebagai pegawai tentera adalah diharapkan semua Leftenan Muda yang baru ditauliahkan ini akan terus memperjuangkan kedaulatan negara dengan sebaik yang mungkin.

Lt.Muda Mohd Firdaus B. Abd Rishah sedang bergambar bersama keluarga tercinta.

Disamping itu, penglibatan ketenteraan oleh golongan muda adalah sangat diperlukan dengan melihat situasi pergolakan dunia yang sedang berlaku sekarang perlu difikirkan bersama. Oleh itu, golongan muda mesti berwawasan tinggi demi memartabatkan kembali Negara Malaysia umumnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...